RSS

‘Kami berhak menang’

Image

KUALA LUMPUR – ‘Kami memang berhak menang’. Itu pendirian jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal setelah kejayaan Malaysia mengalahkan Singapura 2-0 kelmarin seolah-olah ‘dipandang sebelah mata’ oleh pasukan lawan dengan alasan mereka beraksi tanpa ramai pemain tonggak.

Menurut Rajagobal, pemain Harimau Malaya berhak meraikan kemenangan pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam sebagai satu kejayaan cemerlang.

Tegasnya, dia tidak mahu melihat persembahan di bawah tahap sebenar skuad Singapura yang dibimbing Radojko Avramovic sebagai sebab skuad negara mampu mencapai kemenangan pertama ke atas Singapura sejak 2004.

“Kemenangan ini berhak dinikmati oleh pemain. Memang pasukan lawan tidak dapat menurunkan barisan terkuat mereka, tetapi pemain yang beraksi malam ini (kelmarin) juga merupakan pemain yang berkualiti.

“Mereka tentunya memberikan yang terbaik. Kita menang kerana kita beraksi lebih baik.

“Salah satu motivasi mengapa pemain kita begitu bersemangat mahu meraih kemenangan hari ini disebabkan keputusan seri 2-2 dengan Singapura di tempat lawan 8 Jun lalu,” katanya pada sidang media selepas perlawanan kelmarin.

Singapura beraksi tanpa beberapa pemain utama termasuk Shahril Ishak, Shi Jiayi dan Mohd. Shaiful Esah yang cedera manakala Harris Haron, Safuwan Baharudin dan Shakir Hamzah mengikuti kem kerahan tenaga negara itu.

Pendirian Rajagobal mampu menutup ulasan Radojko yang menyatakan dia tidak langsung berasa kecewa dengan kekalahan kelmarin kerana menganggap ia bukan persembahan sebenar skuadnya.

“Tidak perlu rasa kecewa, semua orang tahu ini bukan pasukan sebenar saya. Persembahan Malaysia pun tidaklah mengejutkan saya sangat, cuma kami berdepan mereka dengan serba kekurangan,” katanya.

Leave a comment

Posted by on June 14, 2012 in Uncategorized

UKM juara selepas benam Universiti Colombo

Image

KLANG – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menguasai Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa apabila membenam juara bertahan, Universiti Colombo dengan 83 larian dalam babak akhir menarik di Bayuemas Oval di sini, semalam.

Setelah memenangi undian dan memilih untuk memukul pada sesi pagi, UKM diperangkap awal apabila kehilangan pembuka pukulan, Shafiq Sharif dan bekas kapten Malaysia, Suhan Kumar Alagaratnam sehingga berkedudukan cemas pada satu ketika.

“Kami bernasib baik apabila pemukul pertengahan dapat mengawal serbuan menyeksa barisan pembaling Sri Lanka. Angka 190 dapat juga dikumpulkan walaupun ia bukanlah jumlah selamat di gelanggang antarabangsa ini.

“Mujurlah kami mengganas pada sesi memadang,” kata pengurus UKM, Fairus Shafie.

Jurulatih Universiti Colombo, Senarath Alwis menganggap kekalahan pasukannya kepada UKM kerana kehebatan skuad tuan rumah sewaktu memadang.

“Kami menjangka dapat memintas angka lawan dengan mudah tetapi bencana pula diterima selepas sajian tengah hari,” katanya.

Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang juga Pro Canselor UKM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid turut hadir menyaksikan babak akhir bersama Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Leave a comment

Posted by on June 10, 2012 in Uncategorized

UKM mara ke babak akhir

Image

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Universiti Colombo dan tuan rumah, Universiti Kebangsaan Malaysia layak ke babak akhir Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa setelah kedua-dua pasukan menang besar semalam.

Dalam perhitungan separuh akhir, UKM terlalu perkasa setelah menumbangkan Universiti Liberal Arts dari Bangladesh dengan 10 wiket di Bayuemas Oval.

Di UKM Oval, Universiti Colombo menumbangkan Universiti Christ dari Sri Lanka dengan 63 larian.

“Pertemuan akhir ini amatlah menarik walaupun atas kertas, tuan rumah semakin hebat dari hari ke hari. Kami akan memberikan tekanan maksimum Ahad ini,” kata jurulatih pasukan dari Sri Lanka itu, Senarath Alwis.

“Perlawanan semalam membukti UKM mampu melakukan tahun ini setelah tertiarap tahun lepas. Pasukan kuat seperti Universiti Liberal Arts pun tidak mampu mengumpulkan larian tinggi hari ini. Kami yakin dan boleh menjadi juara lagi,” kata pengurus UKM, Fairus Shafie.

Posted by on June 9, 2012 in Uncategorized

UKM buru kejuaraan kedua Kriket Undangan Universiti Antarabangsa

Image

BANGI – Tuan rumah Kejohanan Kriket Undangan Antara Universiti Antarabangsa 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meletakkan sasaran menjulang trofi buat kali kedua pada kejohanan edisi kelima yang bakal bermula Isnin ini hingga 10.

Kali terakhir UKM muncul juara ialah pada edisi kedua 2009.

Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, harapan tersebut bersandarkan kepada keupayaan pasukan UKM yang mendapat sentuhan jurulatih hebat dari Bangladesh, Mohammad Salah Uddin.

“Mereka perlu melakukan yang terbaik dalam kejohanan ini malah kita juga berharap dapat berjumpa juara tahun lalu iaitu Universiti Colombo, Sri Lanka pada pentas akhir.

“Kita jangka saingan kali ini bakal menjadi lebih menarik tambahan pula ada dua pasukan mewakili Malaysia yang turut serta bagi merebut gelaran,” katanya dalam sidang akhbar penganjuran kejohanan itu di UKM semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Rosmanizam Abdullah, Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni UKM, Prof. Dr. Othman A. Karim, Pendaftar UKM, Ab. Aziz Othman serta wakil Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Ahmad Naim Ismail.

Selain UKM dan Universiti Colombo enam lagi pasukan yang turut serta ialah National University Of Singapore, Christ University, Bangalore India, University Of Liberal Arts, Bangladesh, FAST National University of Computer & Emerging Science, Pakistan, Siam University, Thailand dan Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM).

Tiga lokasi pertandingan bakal menjadi pilihan iaitu UKM Oval, Bangi, Kinrara Oval, Puchong dan Bayuemas Oval, Klang.

Leave a comment

Posted by on June 1, 2012 in Uncategorized

Chong Wei kembali berlatih

Image

ESOK atau Isnin! Itulah tempoh yang dinyatakan Tey Seu Bock untuk anak didiknya, Lee Chong Wei kembali semula menjalani latihan di gelanggang.

“Dia tidak perlu lagi menggunakan kerusi roda, sebaliknya sudah boleh berdiri dan berjalan. Malah, bengkak di buku lali juga sudah surut. Saya jangka jika tidak ada masalah, dia akan mula turun ke gelanggang menjalani latihan esok (Jumaat) atau Isnin ini,” katanya semalam.

 Seu Bock bagaimanapun menegaskan anak didiknya itu tidak akan dikerah dalam latihan pertamanya selepas kecederaan yang meragut impian Piala Thomasnya minggu lalu, sebaliknya akan menjalani latihan ringan dengan memfokuskan tumpuan bagi mengasah dan mempertajamkan pukulannya.
 
“Dia belum pulih 100 peratus, jadi kita tidak boleh memaksa dan mengerah kudratnya. Apa yang penting saya perlu memastikan program latihan yang disusun mampu membantu mempercepatkan proses pemulihan dan mengelakkan kecederaan itu daripada berulang,” katanya.

Seu Bock berkata apa yang menggembirakan ialah pemain berusia 30 tahun itu juga tampak lebih bersemangat apabila sudah mula memukul bulu tangkis ketika menjalani rawatan di hospital.

“Dia tidak lagi sedih dan tertekan seperti sebelum ini, sebaliknya lebih tenang serta gembira. Saya percaya dia akan lebih kuat selepas insiden malang yang menimpanya itu,” kata Seu Bock.

Ditanya sama ada Chong Wei akan mempertahankan kejuaraan Terbuka Indonesia yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$600,000 (RM1.8 juta) dari 12 hingga 17 Jun ini, Seu Bock mengesahkan anak didiknya itu sudah menarik diri. 
“Mengikut perancangan Terbuka Indonesia adalah pertandingan terakhir yang akan disertai sebelum Sukan Olimpik. Namun, kita memutuskan lebih baik dia menarik diri berikutan kecederaan yang dialaminya itu,” katanya.

Leave a comment

Posted by on May 31, 2012 in Uncategorized

Malaysia kejut Pakistan

Image

JARINGAN Muhammad Razie Abd Rahim seminit sebelum tamat perlawanan membantu tuan rumah, Malaysia mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Ipoh, malam tadi. Ketika perlawanan tampak menuju seri 2-2, pakar pukulan sudut penalti negara itu menguis kencang melepasi celah kaki penjaga gol Pakistan, Imran Shah untuk menghasilkan kemenangan pertama negara dalam kejohanan edisi ke-21 itu.

 Pada perlawanan malam tadi, Malaysia yang memburu kemenangan pertama sebaliknya tambah tertekan apabila lawan mendahului 2-0 selepas 12 minit saingan berlangsung. Muhammad Umar Bhutta membuka jaringan pada minit ke-4 diikuti oleh Shafqat Rasool lapan minit kemudian. Begitupun anak buah Tai Beng Hai bangkit melawan dan Amir Farid Ahmad Fuzi menyemarakkan semangat tuan rumah apabila menolak ke dalam gawang bola yang melantun ke arahnya dari tampanan pemain lawan, Rashid Mahmood sejurus sebelum rehat.

Malaysia menggandakan usaha pada babak kedua dan berjaya menekan hebat kubu lawan. Usaha mereka berhasil apabila penjaring prolifik, Faisal Shaari menyamakan kedudukan pada m-48.

Sementara itu, rekod tanpa kalah New Zealand lebur apabila tumpas 2-1 kepada Britain. Begitupun kekalahan itu tidak menjejas kedudukan pasukan Kiwi itu selaku pendahulu kerana masih berada di takhta carta berdasarkan kelebihan jaringan. 
Jaringan Ashley Jackson pada m-18 dan Matt Daly (27) mencukupi buat pasukan ranking keempat dunia itu merakam kemenangan keduanya. Manakala gol New Zealand disumbangkan oleh Andy Haward (62).

Leave a comment

Posted by on May 31, 2012 in Uncategorized