RSS

Bola tampar pantai wanita melangkah separuh akhir

16 May

PASANGAN bola tampar pantai wanita negara, Beh Shun Ting-Luk Teck Hua melakar sejarah apabila buat julung kaki melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan gandingan Jepun, Urata Satoko-Nishibori Takemi 21-15, 29-27 dalam saingan suku akhir, semalam.

Mereka akan membuat perhitungan menentang Huang Ying-Yue Yuan dari China sekali lagi, hari ini yang ditewaskan dalam saingan kumpulan selepas gandingan tuan rumah itu mara dengan menundukkan pasangan Jepun, Tanaka Shinako-Mizoe Sayaka 21-16, 21-19.

“Saya harap dapat menebus kekecewaan di Doha dengan sekurang-kurangnya memenangi pingat kali ini dan impian itu semakin hampir,” kata Shun Ting yang sekadar menduduki tempat ketujuh di Doha bersama gandingannya ketika itu Luk Teck Heng yang juga kakak Teck Hua.

Pencapaian terbaik pasangan itu adalah memenangi gangsa di Sukan SEA 2007 dan 2009, selain menduduki tempat ketujuh Kejohanan Asia 2007 di Songkhla, Thailand.

Pengurus pasukan, Lim Poh Hong, berkata peluang pasangan itu untuk mara ke final cerah kerana mereka pernah menundukkan gandingan kedua China itu 15-21, 21-17, 15-12 di peringkat kumpulan.

Pasangan yang tewas di separuh akhir hari ini perlu bersaing merebut gangsa, esok.

 
Leave a comment

Posted by on May 16, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: