RSS

Guangzhou De Wen Hou: Gelanggang bola tampar pantai terapi terbaik reda ‘ketegangan’

20 May

SEJAK di Kuala Lumpur lagi, bola tampar pantai sebenarnya bukan sukan tumpuan dan tidak termasuk dalam jadual tugasan penulis serta rakan lain yang membuat liputan di Guangzhou 2010.

Namun, kejayaan pasangan wanita negara, Beh Shun Ting dan Luk Teck Hua mara ke suku akhir membuatkan ramai di kalangan kami berlumba-lumba dan ghairah mahu membuat liputan perlawanan itu, semalam.

Sebenarnya, bukan sahaja kami yang ghairah membuat liputan pertandingan itu tetapi wartawan dari negara lain, terutamanya lelaki sudah pun menjadikan gelanggang bola tampar pantai sebagai ‘gelanggang wajib’ yang perlu dikunjungi setiap hari.

Semuanya, gara-gara pasukan gadis sorak disediakan penganjur yang seksi dan mengiurkan apabila hanya berpakaian bikini.

Jadi, bukan pelik dan menghairankan apabila ada di kalangan pasukan lelaki yang tewas dalam perlawanan masing-masing menjadikan gadis sorak terbabit sebagai punca kerana menyebabkan mental mereka terganggu dan hilang fokus terhadap permainan.

Apapun, bagi wartawan yang sudah lama meninggalkan isteri masing-masing, mungkin gelanggang bola tampar pantai sebagai terapi paling terbaik untuk meredakan ‘keresahan’ dan ‘ketegangan’ masing-masing sejak berkampung lebih 10 hari di ‘bandar kambing’ ini.

 
Leave a comment

Posted by on May 20, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: