RSS

UKM Naib Johan Liga Bola Tampar 1 Malaysia Waz Lian 2011

21 May

Images

CHERAS, 2 Ogos, 2011 – Pasukan bola tampar lelaki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dinobatkan Naib Johan setelah tewas tipis kepada pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Stadium Badminton Cheras petang kelmarin.

Kedua-dua pasukan di bawah bimbingan Zulyadi Zakaria, pengajar di SSBJ ini sememangnya berentap hebat. Perlawanan di antara dua pasukan itu berlanjutan sehingga ke set kelima. Namun pada set penentu UKM tewas tipis 16-18 kepada SSBJ.

Liga yang berlangsung selama sembilan hari iaitu dari 9 hingga 31 Julai ini disertai sebanyak lapan pasukan bola tampar lelaki daripada UKM, SSBJ, Angkatan Tentera Malaysia, Tunku Mahkota Ismail Sports School, Perlis, Segamat Sports Club, Majlis Bandaraya Shah Alam dan wakil bandar Sibu, Sarawak.

Lima pasukan bola tampar wanita yang mengambil bahagian adalah daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil, E-Globlex Sdn. Bhd., PDT Pahang, Sibu dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sejumlah RM76,000 disediakan bagi Pemenang Liga dan pusingan akhir lelaki serta wanita daripada tempat ke lapan hingga johan. Johan pasukan bola tampar lelaki menerima piala kejohanan, pingat dan wang tunai RM10,000. Naib johan dan tempat ketiga pasukan lelaki menerima pingat dan wang tunai sebanyak RM7,000 dan RM6,000.

Turut hadir ketika perlawanan akhir bola tampar lelaki adalah Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM; Pn. Chin Leng Sim @ Marina Chin ,Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Pengarah

 
Leave a comment

Posted by on May 21, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: