RSS

Air mata pemain No. 1 dunia

22 May

WUHAN – Musibah yang melanda jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan percaturan tidak menjadi dalam acara beregu membawa kepada kekalahan 2-3 Malaysia di tangan Denmark pada perlawanan penutup Kumpulan C, semalam.Ketika keadaan tampak baik dan Chong Wei mendahului 2-0 ke atas Peter Hoeg Gade, kem badminton Malaysia dikejutkan dengan insiden luar jangkaan apabila kapten negara itu dipercayai terseliuh ketika cuba mengangkat hantaran jauh lawan.Selepas perlawanan terhenti kira-kira 10 minit, Chong Wei disahkan tidak mampu meneruskan permainan dan menghadiahkan mata sulung buat Denmark.

Ia memberi bayangan awal kekalahan Malaysia dalam saingan yang perlu dimenangi untuk muncul juara kumpulan.Kekalahan ini tidak menjejaskan langkah kita yang sudahpun menempah tiket suku akhir kelmarin selepas mengalahkan Afrika Selatan 5-0.Namun, kegagalan muncul juara kumpulan memungkinkan kita diundi menentang pasukan besar termasuk China.

Selain kemalangan yang menimpa Chong Wei, percaturan silap yang dilakukan Malaysia apabila memecah kombinasi beregu, turut mendorong kekalahan kepada Denmark, pada ketika dua lagi perseorangan kita, Liew Daren dan Muhammad Hafiz Hashim sudah memberi sumbangan.Ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her menurunkan gandingan bekas juara remaja dunia, Tan Boon Heong-Hoon Thien How sebagai beregu pertama manakala Koo Kien Keat-Goh V Shem digandingkan buat kali pertama, percubaan yang membawa bencana apabila kalah 18-21, 15-21.

Boon Heong-Thien How memberi tentangan sengit kepada pasangan No. 3 dunia,Carsten Mogensen-Mathias Boe, namun aksi mereka tidak cukup bertenaga apabila tumbang 17-21, 23-21, 11-21 untuk meletakkan Denmark mendahului 2-0.Daren yang tidak diberi harapan ketika turun menentang pemain No. 13 dunia, Jan O Jorgensen, sebaliknya mempamer ketenangan dalam penampilan sulung Piala Thomas apabila menang 21-15, 21-13 untuk menghidupkan peluang 1-2.

Ketika kemenangan sudah menjadi milik Denmark dan sebarang keputusan dalam perseorangan ketiga tidak memberi makna, Hafiz tetap menunjukkan perjuangan demi maruah Malaysia apabila berhempas pulas untuk menewaskan Hans-Kristian Vittinghus 17-21, 21-17, 21-19. – Utusan

 
Leave a comment

Posted by on May 22, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: