RSS

Piala Thomas: Chong Wei cedera, tarik diri daripada kejohanan

22 May

WUHAN: Perseorangan nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei menarik diri daripada kejohanan Piala Thomas setelah cedera di buku lali kanan ketika beraksi pada perlawanan peringkat kumpulan C di sini, hari ini.Chong Wei yang sedang mendahului 2-0 dalam set pertama menentang perseorangan Denmark Peter Hoeg Gade, terseliuh ketika cuba menyambut pukulan lawannya di bahagian belakang gelanggang.

Chong Wei menerima rawatan awal di gelanggang daripada pasukan perubatan sebelum memutuskan untuk menarik diri.Beliau kemudian dibawa keluar dari Pusat Sukan Gimnasium Wuhan menggunakan kerusi roda sebelum dilihat meninggalkan perkarangan venue perlawanan dengan ambulans.Jurulatih kebangsaan Rashid Sidek berkata buat masa ini beliau tidak mengetahui sejauh mana keadaan kecederaan pemain itu dan Chong Wei mungkin perlu menjalani ‘x-ray’ di pusat perubatan di sini.

“Kita terpaksa rehatkan dia sebab kena fikirkan persediaan Olimpik. Masih ada tiga bulan untuk Olimpik, jadi harap dia akan sembuh secepat mungkin,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan kejohanan Piala Thomas itu.

Beliau turut mempertahan keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan pemain nombor satu dunia itu pada kejohanan kali ini, meskipun ada pihak yang mencadangkan supaya pemain itu dikecualikan bagi mengelak kecederaan.

“Kecederaan begini terjadi tanpa kawalan kita sebab pemain kadang-kala tidak dapat mengawal pergerakan mereka.”Lagipun kejohanan ini adalah sebahagian daripada persediaan Chong Wei untuk Olimpik,” katanya.Sementara itu, Gade yang ditemui selepas perlawanan, berkata beliau memahami serta bersimpati dengan kecederaan yang dialami Chong Wei.

“Saya tahu apa yang bermain di fikiran beliau sekarang, dengan Olimpik semakin hampir. Saya harap dia cepat sembuh dan bersedia untuk Olimpik,” katanya

 
Leave a comment

Posted by on May 22, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: