RSS

Lin Dan hampa

23 May

Image

SEPATUTNYA orang yang paling bersorak gembira selepas jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei mengalami kecederaan pergelangan kaki kanan semalam harus musuh ketatnya – Lin Dan.

Namun, Lin Dan bersikap sebaliknya apabila melahirkan kesedihan dengan insiden malang yang menimpa Chong Wei dan berharap pemain nombor satu dunia itu sempat pulih menjelang Sukan Olimpik, Julai ini.

 “Saya ingin tegaskan, musuh saya di Sukan Olimpik bukan Chong Wei seorang. Beraksi di Olimpik berbeza dengan bertanding dalam kejohanan Siri Super.
“Semua lawan sudah tentu mahu menewaskan saya, jadi saya perlu berwaspada dengan ancaman setiap pemain lain.”Namun, saya akui sedih dengan insiden yang menimpa Chong Wei. Dia menjadi harapan besar Malaysia,” katanya yang akan tampil mempertahankan emas yang dimenanginya di Beijing 2008 di London 2012.

Lin Dan, 29, mengakui kecederaan adalah musuh nombor satu yang mahu dielakkan setiap atlit termasuk dirinya.
“Saya perlu berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan. Saya mahu mencipta sejarah mempertahankan emas di London nanti. Itu impian saya dan ia juga impian Chong Wei yang mahu memenangi emas untuk negaranya,” katanya

 
Leave a comment

Posted by on May 23, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: