RSS

UKM buru kejuaraan kedua Kriket Undangan Universiti Antarabangsa

01 Jun

Image

BANGI – Tuan rumah Kejohanan Kriket Undangan Antara Universiti Antarabangsa 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meletakkan sasaran menjulang trofi buat kali kedua pada kejohanan edisi kelima yang bakal bermula Isnin ini hingga 10.

Kali terakhir UKM muncul juara ialah pada edisi kedua 2009.

Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, harapan tersebut bersandarkan kepada keupayaan pasukan UKM yang mendapat sentuhan jurulatih hebat dari Bangladesh, Mohammad Salah Uddin.

“Mereka perlu melakukan yang terbaik dalam kejohanan ini malah kita juga berharap dapat berjumpa juara tahun lalu iaitu Universiti Colombo, Sri Lanka pada pentas akhir.

“Kita jangka saingan kali ini bakal menjadi lebih menarik tambahan pula ada dua pasukan mewakili Malaysia yang turut serta bagi merebut gelaran,” katanya dalam sidang akhbar penganjuran kejohanan itu di UKM semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Rosmanizam Abdullah, Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni UKM, Prof. Dr. Othman A. Karim, Pendaftar UKM, Ab. Aziz Othman serta wakil Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Ahmad Naim Ismail.

Selain UKM dan Universiti Colombo enam lagi pasukan yang turut serta ialah National University Of Singapore, Christ University, Bangalore India, University Of Liberal Arts, Bangladesh, FAST National University of Computer & Emerging Science, Pakistan, Siam University, Thailand dan Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM).

Tiga lokasi pertandingan bakal menjadi pilihan iaitu UKM Oval, Bangi, Kinrara Oval, Puchong dan Bayuemas Oval, Klang.

 
Leave a comment

Posted by on June 1, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: