RSS

‘Kami berhak menang’

14 Jun

Image

KUALA LUMPUR – ‘Kami memang berhak menang’. Itu pendirian jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal setelah kejayaan Malaysia mengalahkan Singapura 2-0 kelmarin seolah-olah ‘dipandang sebelah mata’ oleh pasukan lawan dengan alasan mereka beraksi tanpa ramai pemain tonggak.

Menurut Rajagobal, pemain Harimau Malaya berhak meraikan kemenangan pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam sebagai satu kejayaan cemerlang.

Tegasnya, dia tidak mahu melihat persembahan di bawah tahap sebenar skuad Singapura yang dibimbing Radojko Avramovic sebagai sebab skuad negara mampu mencapai kemenangan pertama ke atas Singapura sejak 2004.

“Kemenangan ini berhak dinikmati oleh pemain. Memang pasukan lawan tidak dapat menurunkan barisan terkuat mereka, tetapi pemain yang beraksi malam ini (kelmarin) juga merupakan pemain yang berkualiti.

“Mereka tentunya memberikan yang terbaik. Kita menang kerana kita beraksi lebih baik.

“Salah satu motivasi mengapa pemain kita begitu bersemangat mahu meraih kemenangan hari ini disebabkan keputusan seri 2-2 dengan Singapura di tempat lawan 8 Jun lalu,” katanya pada sidang media selepas perlawanan kelmarin.

Singapura beraksi tanpa beberapa pemain utama termasuk Shahril Ishak, Shi Jiayi dan Mohd. Shaiful Esah yang cedera manakala Harris Haron, Safuwan Baharudin dan Shakir Hamzah mengikuti kem kerahan tenaga negara itu.

Pendirian Rajagobal mampu menutup ulasan Radojko yang menyatakan dia tidak langsung berasa kecewa dengan kekalahan kelmarin kerana menganggap ia bukan persembahan sebenar skuadnya.

“Tidak perlu rasa kecewa, semua orang tahu ini bukan pasukan sebenar saya. Persembahan Malaysia pun tidaklah mengejutkan saya sangat, cuma kami berdepan mereka dengan serba kekurangan,” katanya.

 
Leave a comment

Posted by on June 14, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: