RSS

Peraturan Dan Undang-Undang Permainan

Kawasan Permainan

  • Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas
Dimenesi
  • Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang- kurangnya 3m lebar dandengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-kurangnya 7m dari permukaan permainan.
  • Untuk pertandingan dunia FIVB ,zone bebas hendaklah berukuran sekurang-kurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan belakang.Ruang              bebasnya hendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan.
Permukaan Permainan
  • Permukaan mestilah rata ,mengufuk dan sekata.
  • Untuk pertandingan dunia FIVB ,hanya permukaan kayu atau bahan sintetiksahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan olehFIVB.
  • Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang bolehmenyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan bermain diatas permukaan yang kasar atau licin.
  • Bagi gelanggang dalam dewan,permukaan permainan mestilah berwarna cerah.Untuk pertandingan dunia FIVB ,warna putih bagi garisan dan warna yangberlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan .
  • Bagi gelanggang terbuka di luar ,kecuraman 5mm semeter dibenarkan untukpengaliran air.Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal tidakdibenarkan
Pengiraan mata
  • Pengiraan mata Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan bola atau pihak lawan melakukan kesilapan.Jika pasukan yang menerima servis memenangi satu rali,pasukan mendapat servis dan juga satu mata.Setiap perlawanan dimainkan berdasarkan 3 set terbaik daripada 5set (Bestof5) dengan kiraan mata rali 25 mata bagi set pertama hingga set keempat (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set penentuan,iaitu set kelima,ia dimainkan dengan kiraan mata rali 15 mata (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 14-14). Untuk set penentuan,pasukan bertukar gelanggang apabila mana-mana pasukan mencapai mata 8.
Putaran Servis
  • Putaran Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk membuat servis,semua pemain mesti memutar satu kedudukan mengikut putaran jam: pemain diposisi 2 berputar keposisi 1 untuk membuat servis,pemain posisi 1 akan berputar keposisi 6 dan seterusnya.
Pertukaran Yang Dibenarkan
  • Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersiyang sama warna ,maka pasukan tuan rumah mesti tukar jersinya .Digelanggang berkecuali ,pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadualpertandingan mesti menukar jersinya
  • Dalam cuaca yang sejuk ,referi pertama boleh membenarkan pasukan bermaindengan pakaian latihan,dengan syarat mempunyai warna dan corak yang samabagi keseluruhan pasukan dan dinomborkan dengan betul
Pemain Libero
  • Pemain Libero (Bab 6 Peraturan FIVB) •  Setiap pasukan boleh mendaftarkan satu atau dua orang pemain Libero yang memakai jersi yang berlainan warna daripada jersi pasukan. • Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan digantikan dengan pemain asa lapabila bergerak ke kedudukan hadapan. • Pemain Libero tidak boleh membuat servis, menghadang, menyerang dengan bola di atas paras jaring atau mengumpan atas kepala semasa berada di zon depan untuk serangan.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: